08 April 2011

Tanda-tanda 100 hari kematian...


"Tanda 100 hari sebelum hari mati"

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakiNYA. Walau bagaimanapun semua orang (Islam ataupun yang lain mungkin) akan mendapat tanda ini cuma masalahnya mereka sedar atau tidak.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh yaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"Tanda 40 hari sebelum hari mati"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

"Tanda 7 hari sebelum mati
"

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

"Tanda 3 hari sebelum mati''

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk kedalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"Tanda 1 hari"

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"Tanda akhir"

Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha mencari keredhaan Allah SWT sama ada di dunia mahupun akhirat.

p/s : ingat lah mati sesungguhnya malaikat maut melawat kamu 70 kali sehari semalam 24 jam.

03 April 2011

Lelaki Idaman Wanita


Attention to the men out there! if korang nak cari life partner korang mesti lah mempunyai ciri-ciri yang orang perempuan suka, so tak de la partner korang tu asik makan dalam je ngan korang kan. =.=''

Lelaki tulin- Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga- Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa- Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana- Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik- Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian- Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih- Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik- Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap- Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak- Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah- Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan- Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik- Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan- Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi- Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria- Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Boleh tambah tak kat sini untuk lelaki yang tak kedekut. hihi :))


Akademi Fantasia Tetap HARAM..


salam..
korang dah tengok vid ni ? bila kita pikir kan semula memang betul apa yang dikatakan oleh ustaz ni kan? zaman sekarang manusia mengejar hiburan dunia tapi bukan amalan untuk akhirat nanti..bukan AF je tapi semua rancangan berkonsepkan benda yang sama iaitu pergaulan lelaki dan perempuan, tinggal satu tempat yang sama, dan semua rancangan yang mengalpakan manusia untuk beribadah.
ape2 pun tak nak cakap panjang2 lah, tepuk dada tanya selera.. :)


02 April 2011

April Fool ? Tak Perlu Kot. =.=

Assalamualaikum…. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .




01 April 2011

Kalau tak 'culture shock' tak moden ?? What the..?

Tengok, awal2 muka da menyampah kan. hehe Salam..tetiba rasa terpanggil nak update pasal benda nie. Selama aku perhatikan semua orang dan keadaan sekeliling dan membuatkan aku terfikir kenapa mesti kau nak buat macam tu, perlu ke? Kau tu maksud aku some kind of people yg aku nak ceritakan ni la. Ini semua pendapat aku je k. :)

aku ada sorang kawan, panggil A bukan nama sebenar je la eh. Hehe aku berkawan ngan dia tapi takde lah rapat sangat cume biase la mase mula2 kenal kat kolej dulu kan, aku tengok dia ni baek je..sebab dia dari kampung, macam aku. Hehe dia ni lemah lembut orangnya..kalau bercakap tu kalah orang bercakap dalam kelambu, memang kena pakai speaker baru dengar kut dah la aku ni pekak sikit. Opss ! kantoi. Haha ok, satu ari tu dia ni jumpa la kawan baru, kawan dia tu aku sebut kat sini, B bukan nama sebenar. B ni perangai dia bukan la baek sangat, jenis clubbing, smoking, drinking punye orang la. (jaat mulut aku) :P so, nak dijadikan cite si A ni boleh pulak terpengaruh dgn si B ni. Pegi clubbing, aku penah nampak dia isap rokok tapi gaya macam pro sgt lak kan? Puii. Pastu baju dah takde yg tutup ketiak,semua jenis masuk angin je..aiyooo senangnye kau lupa daratan? What the..park?? pfft ! Aku rase meluat pulak dgn si A ni..sebab kalau tak aku tolong dia, jalan ke hostel tu pn dia tak tau mase register dulu..err. ingat lah awak tu dari kampung kalau memang asal bandar laen cite pulak. memang perangai dia sekelip mata, bukan sekelip mata tapi dah macam dpt mengatasi kelajuan cahaya, flup* dia berubah. Sekali pandang, what's wrong with this kampung girl ? OMJay ! aku menyampah beb. Seriously ! Aku jadi kesian tengok dia. Tak pikir ke mak ayah kat kampong tu susah payah hanta sekolah ko jadi macam ni? culture shock ! Giler ko tak culture shock macam tu?? Dok keyyel tuuuu ! kena r moden sikit kan ! puii lagi. hm aku pn ade gak culture shock, aku ngaku beb, tapi culture shock orang kata macam nak melakukan perubahan positif pada diri sendiri yang masih ingat asal usul haa gituu. eheh tak de la smpi macam ko nie.aduhh sayang seribu kali sayang..muka cantik dah tapi perangai..aduii guane ambo nak kabo ke deme ni. =.='' jadi mula dari hari dia kenal si B ni aku dah jarang borak ngan dia, sebab aku tak suka la kawan2 aku melampau sangat macam ni. Kalau sikit2 tu boleh terima lagi, bak kate orang nak merasa hidup jadi remaja ye dak? Tapi yg bab mabuk2 tu kan haram, haram tu tetap haram lah. Kita ade agamakan? Susah payah belajar tinggi2 tapi tak tau mane baek buruknya rugi laa. Tido2 jugak dalam kelas tapi tinge kena pasang lah kan. ngee ^_^. Aku pun dah tak tau dia kat mane sekarang, dah lost contact.

So sekarang, persoalannya perlu ke kita nak ikut kawan2? terpengaruh dengan benda yg tak baek? Dah terang2 semua tu tak elok kan? Kenapa manusia ni tak malu buat benda jahat tapi malu nak buat benda baek? Bukan la suruh menunjuk2 buat benda baek,memang lah nampak macam takbur kan..tapi tak perlu lah nak takbur pulak nak buat benda jahat depan orang. Kalau terpengaruh dengan benda baek alangkah indah dan cantiknya peribadi kau..automatically semua orang respek tau. Aku bercakap sebagai seorang manusia, jadi aku rasa aku perlu untuk cite pasal ni.

Hargai sedikit maruah yang kita ada, biar kita takde duit jangan kita tak de maruah. Orang pandang tinggi kalau maruah kita dijaga dengan betul, jangan bagi orang laen pijak. Kalau tak kita memang jadi lembu cucuk hidung la. Takde pegangan hidup, ikut je apa orang buat.. Aku doakan si A dan B bukan nama sebenar ni selamat dan dilindungi Allah S.W.T. diharap dapat dijadikan iktibar kepada aku sendiri dan juga korang yg membaca..

:) salam..