11 June 2010

new template! ;)

setelah sekian lama mencari, menggali dan segala men la lg, akhirnya jumpa jgk template yg aku suka, hm ok la dr yg dulu..klu ari2 tgk bnde yg same boring jugak kan? ;) sesekali kena la buat perubahan bru la maju. ngee skrg ni nk cri gadget yg boleh menceriakan blog aku nie, bru la meriah kan. klu x nmpk kusam je.. nk tgk pn nympah. haha
segala perubahan akan di buat dri semasa ke semasa.

>.<

Agak2 korg suka tak laki mcm nie? aku memang tak suka, tp aku yakin korg pun mst tak suka kan?

Aku cuma nk berkongsi pendapat ngan korg tentang sikap yang pantang bagi wanita & aku juga sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya:

Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.


Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.



Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar

Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal

Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


Tidak suka meluah emosi

Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.


Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


Lupa hari-hari istimewa

Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat demikian terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Erghh tension ngan laki mcm nie, dorg ni sedar ke x sikap dorg tu membuatkan kaum2 hawa ni makin berjauh hati ngan dorg? grrr

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya.