12 June 2010

argentina+england



game pertama argentina untuk hari ini. berharap kemenangan milik argentina dan pukul 2.30 pagi nanti kemenangan milik england.

mood sekarang seperti di africa sehingga terbit matahari. :)

lion of lionel messi

Lionel Messi has been awarded FIFA World Player of the Year.
Full name : Luis Lionel Andrés Messi
Birthday : June 24, 1987 (Rosario, Argentina)
Nationality : Argentinian
Other nationality : Spanish
EU passport : Yes
Height : 169 cm
Weight : 67 kg
Club : FC Barcelona
Position : Forward

keputusan yang tak pasti

kelmarin jiwa diruntun resah
dek keputusan
ujian ketentuan Allah
Jiwaku merintih
dalam senyuman hambar
pedih terasa
tak siapa yang tahu
kerna
kusimpan ia kemas
di hatiku

berita itu
tak mampu ku ungkapkan
riak riang wajahku
terpaksa kusembunyikan
dari teman2
yang pasti ingin meleraikan
persoalan ini
antara keterpaksaan
atau qado qadar tuhan

saat ini bagiku
realiti begitu menyakitkan
hakikatnya
aku terpaksa merelakan
puas kupujuk hati yang mula rajuk
akhirnya pada tuhan
aku bersujud

Ku panggil-panggil
azimat berharga
menuntut diri
jangan berputus asa
setiap uijan
ada hikmahnya
ada tersiratnya

kepayahan kali ini
kumohon pada tuhan
janganlah ia satu hukuman
gantikan ia
dengan 1000 pengajaran
yang mampu
ku rungkaikan dengan aman..

mimpi di tengahari

tidurnya aku semalam pada pukul 6 pagi. agak2 matahari hampir terbenam baru aku bangun, itupun disebabkan terkejut dengan khabaran emak tentang realiti atau fantasi aku pada hari ini. dengan mata yang pejam celik, suhu yang agak panas, aku berusaha bangun untuk mendengar khabaran dari emak. memang agak terkejut dan memeranjatkan, sepanjang hidup aku tak penrnah jadi macam nie. yelah..siapalah aku ni. panggilan telefon dari nenek di kampung kepada emak tentang hidup aku, seseorang yang akan datang minggu depan untuk tengok aku?? hanpir tak berkata-kata aku tadi apabila emak menceritakan. tapi aku tak tahu lah sejauh mana niat orang itu. memang agak sukar rasanya situasi aku sekarang. emak mahu ajak aku balik kampung minggu depan tapi aku belum bagi apa2 keputusan..macamana dengan hati seseorang yang tak mungkin aku lupakan??