15 August 2010

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

Terjumpa artikel nie , aku nak berkongsi sikit memandang kan kita ni orang melayu kaya dengan adat dan pantang larang. ni aku sedia kan pantang larang yg biasa kita dengar , dan ada juga aku tak penah tahu sebelum nie , hanya sekadar berkongsi cerita..sharing is caring rite ? hehe

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

5. Makan sisa anak, anak akan degil.

6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.

2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.

5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.

3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.

7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.

8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.

9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.

10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.

11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.

12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.

4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.

5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.


p/s : aku tak tahu lah benda ni betul ke tak , rasa mcm betul je. hihihi kepada yg dah terkena tu mesti dah tahu kan ? kepada yg belum pernah terjadi lagi kat diri sendiri beringat2 lah.. ^_^


13 August 2010

sebuah kisah yang bernama CINTA


Di suatu pulau kecil ada seorang gadis bernama CINTA dan teman-temannya yang bernama KEKAYAAN, KECANTIKAN, KEGEMBIRAAN dan KESEDIHAN. Mereka hidup berdampingan dengan baik namun suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat2 berusaha menyelamatkan diri, CINTA sangat kebingungan sebab ia tak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu, dia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan sementara itu air smakin naik membasahi kakinya. Tak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. " KEKAYAAN ! KEKAYAAN ! tolong aku! " teriak CINTA. " Aduh! maaf, CINTA " kata KEKAYAAN. " aku tak dapat membawamu menaiki perahuku ini, lagi pula tak ada tempat lagi bagimu ". CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dgn perahunya " KEGEMBIRAAN ! tolong aku ! " teriak CINTA, namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tak dpt mendengar teriakan CINTA, air semakin tinggi dan CINTA smakin panik. Tak lama itu, lewatlah KECANTIKAN " KECANTIKAN ! bawalah aku bersamamu!, " teriak CINTA lagi. " Wah, CINTA kamu basah dan kotor, aku tak bisa membawamu nanti akan mengotori perahuku yang indah ini " sahut KECANTIKAN. CINTA sungguh sedih mendengarnya ia mulai menangis teresak-esak mengenangkan nasib yang akan menimpanya sebentar lagi. Saat itulah lewat KESEDIHAN, " Oh KESEDIHAN bawalah aku bersamamu !, " kata CINTA. " Maaf CINTA aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja, " kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA semakin putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritikal itulah tiba2 CINTA terdengar satu suara. "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat2 naik keperahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu terus berlalu pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya, CINTA segera bertanya kepada penduduk di pulau itu. " Yang tadi adalah WAKTU ," kata penduduk itu. "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku ? Aku tdk mengenalinya. Bahkan teman2ku yg mengenaliku pun enggan menolong" tanya CINTA heran. " Sebab SESUNGGUHNYA HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI CINTA ITU..". sambung penduduk itu lagi..

p/s :cinta itu lebih bernilai dari segala-galanya..

11 August 2010

puasa ! puasa ! puasa !

arini puasa da mula , harap2 target aku nak diet bulan puasa nie , berkesan lah hendaknya. tp td masa berbuka pun boleh tahan aku makan , tak pe baru2 lagi kan. huhu bunyi mercon pon da kedengaran , rutin setiap kali puasa kan. bunga api , mercon kalau tak de mmg tak lengkap. tapi jgn smpi terbakar tangan dah lah ye adik2.. nanti raya dlm hospital pulak. kepada yg berpuasa tu , berpuasa lah dengan ikhlas , puasa bukan cuma tahan lapar dgn dahaga je , setiap anggota badan jugak perlu di pelihara. mata ni tak boleh tgk bukan2 , telinga tak boleh dengar benda yg tak baik , tangan pulak tak boleh mencuri , kaki tak leh pergi ke tempat yg dilarang , dan mulut yg paling penting jgn mengumpat , mengata , mengeji orang dan sebagainya , di bulan yg mulia nie kena saling menghormati sesama islam. hormat lah bulan yg penuh keberkatan nie..

SELAMAT BERPUASA !!

09 August 2010

a confession for him


dear..
i
know..it's hard to be someone for me coz' i'm so complicated. it's not easy for u to understand what i think and what i want..i'm sorry..
i always make u unhappy..
i always find the way to make u scream at my ear. sometimes i can see ur fury and bola2 api like to come out from that eyes..i admit that i'm scared. please don't repeat it again syg..
hurm one thing..
i always know my voice

gets louder when I end up with more things on my mind tha

t make me feel bad.
but it's just me. i'm sorry again.. :(
i always get angry..

I get angry when I have a lot of things on my mind that I can’t do anything.

but..
i love when u always beside me and free to calm me when i'm sad..
when i'm crying u hugs me and it just makes me cry even more lah. ;P
every night my eyes fill with tears..
and when i need u i just close my eyes..
when i'm alone u accompany me with ur sweet messages..and u try to make me smile again..
u'll never bored to give me a million happiness..
yes i'm so happy and i appreciate it..
but..
i made a lot of mistakes.
for the 3rd times..i'm sorry.. :'(
i don't care 'bout the past..
thanks for everything you've done to me..

no matter how you are , i'm still loving u.
there's nothing can change anything except God..

i don't wanna lose u..

this is my confession for u..


only for u..S.A

_ur lover_
_nanabaharum_

06 August 2010

saya sayang awak


saya sayang awak.
awak sayang saya ?
ya , saya tahu awak sayang saya.
awak selalu cakap yang awak sayang saya sangat2.
bila saya tengah marah2 atau bengang dengan awak ,
akhir sekali mesti awak cakap yang awak sayang saya.
saya tahu dah..yang awak sayang saya.
tapi kenapa nak cakap banyak kali ?
awak tak jemu ke ?
tak..saya tak marah , saya tanya je.
kalau dah awak cakap awak tak jemu , baguslah.
awak tahu tak ?
sebenarnya saya gembira sangat saat2 awak cakap yang awak sayang saya.
saya pun rindu awak.
saya tahu awak mesti rindu saya jugak kan ?
kalau da awak sayang saya mesti la awak rindu saya. ;P
awak..saya nak tahu sangat apa yang membuatkan awak rindu saya.
bila saya tanya awak selalu jawab maen2.
bila awak nak serius ? saya tahu awak suka bergurau.
awak janganlah selalu bergurau , ada masa kena serius jugak kan ?
kalau satu hari nanti saya dah tak percaya kat awak lagi macamana ? yelah, dah awak suka bergurau. kan ? :P
tapi awak pernah bagi tahu saya awak rindu bila saya buat bengong saya. saya tahu saya bengong wak.. :D
walaupun saya bengong awak jugak lah yang rajin melayan bengong saya ni kan ?
hurm..awak pun pernah cakap , awek orang laen pun tak macam saya sebab saya ni buas.
awak je yang tahan dengan saya. ya , saya memang buas. sapa suruh awak nak saya , padan lah muka awak.
tapi tu yang buat awak rindu saya kan ? betul tak ? awak jangan cakap tak betul.
siap awak nanti !
lagi satu..
saya cinta awak sangat2.
awak selalu buat saya ketawa ,
awak tak pernah lupakan saya tapi saya selalu lupakan awak.
apa2 pun saya minta maaf. :(
saya bukan lupa lah wak..awak tahu kan kenapa.
bak kata awak saya selalu pentingkan benda laen dari awak.
dah awak cakap macam tu , nak buat macamana..
walaupun saya buat hal laen , saya tetap ingat awak.
awak percaya saya tak ?
saya percaya kan awak.
saya tak pernah curiga kan awak ,
saya tahu awak macamana.
awak takkan lukakan hati saya..
tapi..kenapa awak selalu curiga saya ?
awak..awak kenalah percaya saya.
saya dah tak tahu macamana nak bagi awak percaya lagi.
saya tak kisah lah awak nak percaya ke tak yang penting saya tak tipu awak.
terpulang kat awak nak nilai macamana.
cuma saya nak ingatkan , awak jangan percaya cakap orang.
saya sedih sangat bila awak tak percaya saya tapi awak percaya cakap orang. :'(
kenapa nak percaya cakap orang ?
mereka semua tu awek awak ke ?
kalau macam tu awak couple je la ngan diaorang semua.
kenapa nak couple dengan penipu macam saya.
hurm.. saya tahu awak mesti tengah marah kan saya cakap macam nie ?
saya saja je nak bagi awak marah. ;P
saya cuma nak awak percaya saya.
awk tak nampak lagi ke yang saya sayang , saya rindu , dan saya cinta awak..
saya harap awak faham.. ;)
apa2 pun saya harap saya dapat dengar lagi yang awak sayang saya.
saya takut sangat kalau awak cakap yang awak tak sayang saya satu hari nanti..

awak nak tahu satu rahsia tak ? saya suka tengok hidung comel awak. ^_^
saya sayang awak..

30 July 2010

butterfly park and national monument


r u malaysian ? so do i :)
sayang korang ! mmuahhx ! xoxo
da seminggu basi gambar2 ni dlm laptop aku, tp tak upload2 je lg..bz dgn mid term. so focus on ur study 1st and don't think about the stupid matter. sekarang baru lah dapat update blog. ;P ni gambar2 masa lect aku wat lawatan ke taman rama2, seronok sangat masa ni, for me this is the best moment with my classmate. kalau tak asik ngadap buku n notes je kan. :P aku pn pelik jugak nape kena g taman rama2 ? maybe sbb kitorg sekarang belajar pasal nyamuk..adalah sikit2 kena mengena ngan rama2 nie. hampir 2 jam kitorg kat situ, masa pulang pun sudah sampai. tp aku, mina, aya n sepatu naeknya kereta cik fara, jadi..kitorg pun pegi lah merayau2 dulu. hehe ! budak2 laen naek bas. kitorg singgah tugu negara, rasanya aku tak penah pegi pun tugu negara nie tp masa kecik2 tak tahu lah kan. tak ingat pape dah. sampai je kat sana, pergh panas jugak matahari aritu, mencucuk2 atas kepala tp excited punya pasal ada aku kesah ? redah jelahh. huhu bila semua ada kat depan tugu tu, masing2 adalah ala2 jakun sikit termasuk lah aku. hihik ! beso jugak rupanya tugu negara neh..gua salute lah sape yg create tu ! mcm real je patung2 tu. kitorg pun apa lg tergedik2 lah nak hambik gmbr. tgh2 snap gmbar tu hah hambek kau ada couple india dtg nak ambik gambar ngan fara. bukan nak tanya dulu si fara tu dari mana, dtg2 terus ckp " can i take a picture with u ? " fara pun ok je lah. kitorg yg laen ni mengekek je lah gelak kat belakang. kahkahkah ! da nak blah tu baru tanya fara tu dari mana, si fara ckp lah "i'm from malaysia" terus terkedu indian tuh. ngek betol lah ! hahaa ! igt fara tu tourist kut ! wahaha ! lawak giler masa neh, orang tgk je kitorg gelak, ape ? nak join gelak lah tuh kut. ade kitorg kesah ke ? :D but i don't mind, at least i'm enjoying this "stupid thing" in my life.

NEW SONG 2010: Keyshia Cole feat. Alicia Keys - Only With You (HQ)


KEYSHIA COLE - Only With You lyrics


Ooh,
Never knew it would feel this good to me baby,
I feel like im above the clouds and boy my heart just won't let me come down
With you its like the perfect picture painted from my eyes
And I only long for you


I'll never take you for granted
Boy i'll always be here
Of all the ppl on this plant
Only you can take me there


Only when I'm with you,
(My life just gets better)
Only with you,
(My love is forever)
Only when I'm with you,
(Each moment i'll treasure)
Only when I'm with you, with you, with you...

Only with you ... ooh, only with you , whoaa

We got the perfect chemistry,
Don't we baby
It's like we're on the permanent getaway,
And there ain't no one around.
Where you are like,
The perfect melody that's in my mind,
And my heart belongs to you.


I'll never take you for granted
Boy I'll always be here
Of all the ppl on this plant
Only you can take me there


Only when I'm with you,
(My life just gets better)
Only with you,
(My love is forever)
Only when I'm with you,
(Each moment I'll treasure)
Only when I'm with you, with you, with you...


It's hard to find the words to say,
Cause boy you mean that much to me.
I'm the flower you're the sun & rain.
You're the candle I'm the flame,
You light me brighter than the day,
I will never be the same again...


Only when I'm with you,
(My life just gets better)
Only with you,
(My love is forever)
Only when I'm with you,
(Each moment I'll treasure)
Only when I'm with you, with you, with you...
[Repeat 2x]

25 July 2010

...

yes , i'm a lover i'm not a fighter. i just say who i am and i do luv myself. for strangers just keep ur fucking mouth !
-_-

20 July 2010

hamba & tuan pujangga


Wahai tuan pujangga
Walaupun Hamba memang hina
Hamba cuba untuk kembali berjaya
Hamba cuba untuk memperbaiki diri hamba

Wahai tuan pujangga
Kalau memang Tuhan tidak menyukai hamba
Hamba sudah dari dulu pergi ke neraka
Hamba sudah disiksa dari dahulu kala

Hamba tahu,hamba memang hina
Namun tahukah wahai tuan pujangga ?
Kalau Tuhan menyayangi orang-orang hina dan teraniaya ?
Dan tuhan menyiapkan rencana untuk mereka ?

Hamba tahu,Tuhan tidak pernah memberi cubaan melebihi kemampuan hamba
Hamba tahu,semua kejatuhan ini cuma cubaan bagi hamba
Maka hamba berusaha untuk bangkit dari kegelapan dan menggapai cahaya
Hamba akan mendapatkan kebahagiaan yang didambakan hamba

Jadi meski sesulit apapun jalannya,hamba akan terus dan terus mencuba
Karena Tuhan menyayangi orang-orang hina lagi teraniaya


*Hamba bukan merendahkan diri,hamba memang seperti ini adanya wahai tuan pujangga...

17 July 2010

Lagi Ajaib Daripada Tujuh Keajaiban Dunia


lepas da bosan melayan fb tetiba terlintas kat fikiran aku nak tgk 7 keajaiban di dunia. tengah duk sibuk google2 tetiba terjumpa la satu artikel yg menarik perhatian aku ni, psl 7 kejaiban yg lg ajaib dr 7 kejaiban di dunia spt yg kita tau..di sini aku cuma nak berkongsi pengetahuan dgn korg, kalau korg tgh bosan tak de watpe, buang lah sikit masa korg baca artikel yg aku da sediakan kat bwh nie, harap2 dpt menimbulkan rasa insaf dlm diri kita..amin..
^_^

>>Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, karena di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin para pembaca bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Memang tujuh keajaiban lain yang kami akan sajikan di hadapan pembaca sekalian belum pernah ditayangkan di TV, tidak pernah disiarkan di radio-radio dan belum pernah dimuat di media cetak. Tujuh keajaiban dunia itu adalah:

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercantum dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon kabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu".[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah s.a.w , mengapa sampai pohon ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah r.a berkata:

"Jabir bin Abdillah r.a berkata: "Adalah dahulu Rasulullah s.a.w berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah s.a.w turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut" .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar r.a berkata,
"Dulu Nabi s.a.w berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang korma itu pun merintih. Maka Nabi s.a.w mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang korma itu (untuk menenangkannya)". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Untaian Salam Batu Aneh

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang".[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].

Pengaduan Seekor unta

Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh karena itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja’far r.a berkata, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi s.a.w melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “unta itu milikku, wahai Rasulullah”.
Maka Nabi s.a.w bersabda,

“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, karena ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahwa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup bisa berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadits berikut:

Abu Hurairah r.a berkata,
"Rasulullah s.a.w menerima hadiah, dan tidak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah s.a.w pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi bersabda, "Angkatlah tangan kalian, karena s.a.w kambing panggang ini menkhabarkan kepadaku bahwa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin Ma’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi s.a.w mengirim (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu".

Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi s.a.w bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,"Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus". [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita pikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w baik yang masuk akal, atau tidak. Karena Nabi s.a.w tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, "Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu berbicara secara hakikat".[Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiktif belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata: "Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata".Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Karena (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi s.a.w sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh sebab itu, dengan adanya artikel ini dapat menanamkan kembali akidah yang kukuh dikalangan muslimin.

sekian,
♥nana

16 July 2010

pengakhiran sebuah penantian dan..

mungkin ini yang lebih baik. biar lah aku yang mengalah..kesian pulak tgk dia mcm tu kan. tak pe lah , mungkin ini jalan terakhir kan. lagipun banyak benda lagi yang aku perlu buat pasni. nyah kan segala anasir2 jahat persetan kan mereka. tapi bila kita tak kisah hal orang lain orang lain pulak yang kisah kan sgt hal kita. rimasnye ! aku nak kongsi satu cerita ni , erm tak maybe satu pengajaran kut. ;) bagi sesapa yg penah terkena mcm aku nie , mmg sakit ati sgt kan ?? mcm tu lah perasaan aku. aku just nk berkongsi je sbb aku tau ramai yg diluar sana sana tuu penah kena mcm aku ni kan..walaupun benda ni citer lame tp bila teringat balik pergh ! bak kata karam singh walia kampung terbakar nampak asap hati terbakar siapa yg tau. mcm tu lah perumpamaannya bg citer aku ni jap g.. citer nye mcm nie.. masa zaman aku skolah2 dulu aku ni agak aktif jugak lah , bukan liar tau. haha. aku baek2 je dulu.. :P bese lah bila da terlampau aktif sgt ni org2 kg mula la dok bercerita sana sini. fuhh kalah mak cik senah kg batu 6 ! bila citer ni smpi kat nenek aku , telinge nie tadah je la dgr bebelan dia, hm aku duk ngan nenek aku mase skolah dulu. tak nak skolah kat umah ayah aku sbb mls nak naek bas pg2, berebut2, baju pun berkedut je nnt dlm bas kan, belum smpi skolah da comot.dah lah mmg comot. hehe ! haa bila skolah kat umah nenek relaks je, jln kaki pg2..syok woo. :P pastu singgah beli nasi lemak mak cik selamah tepi jln, mmg tak penah miss siap tolong beli kat mber lg. sedap sgt2 ! smpi skrg ada lg, rasanya kedai tu pun da upgrade sikit yelah hasil aku beli tiap2 ari tu. heheh ! sory sudah jaoh menyimpang neh. >.< berbalik pada citer aku td, pas nenek aku mbebel tu aku rasa nak marah je org yg bwk citer tu yela takkan nak marah nenek aku lak kan. haha. tp aku mls la nak kecoh2, org tua kata..warak lak tuu..so aku simpan je la. smpai lah dua hari lepas aku bukak laman sesawang neh terjumpa gmbr cucu dia.pergh ! meleleh siot ! jahat2 aku tak penah aku pkai mcm tu, takat toge tudung je. nie smpi nmpk abs kulit paha ni. tu laa laen kali nak mengata orang tu tgk dulu anak cucu tu mcmane, baek ke idak.. ni maen ambush je mane leh. kan da kena kat family sndiri. aku ni bukan apa cuma tak puas ati je org suka ckp2 psl hal aku sbb aku tak ckp psl hal org, tp kalau aku da bengang mmg abs semua aku bongkar. tp tulah aku ni mls nak kecoh2..bia je la Allah yg bls. dlm al-quran pn ade sebut Allah.s.w.t yg berhak menghukum hamba-Nya.so kita tunggu je lahh. kpd yg jd mangsa mcm aku nie, bersabar je la ehh..sabar itu separuh drpd iman, mungkin org yg sibok citer keburukan kita tu keburukan keturunan dia lg teruk dr kita..ada hikmah semua nie.. cheers ! ;)


01 July 2010

I love U


i love for giving ur heart to me
and trusting me with ur pride
i love u for wanting me
and needing me by ur side

i love u for the emotions
i never knew i had
i love u for making me smile
whenever i feel said

i love u for ur thoughts of me
where i'm always on ur mind
i love u for finding that part of me
that i never thought i'd find

i love u for the way u are
and for ur how make me feel
but most of all I LOVE U
'cuz i know u are mine for real


13 June 2010

my jersey ♥


kepingin mahu membeli jersey ini, tapi apa yang aku dapat hanyalah sekeping gambar untuk sedapkan hati buat masa sekarang. akan ku usaha untuk mendapatkannya dalam masa yang terdekat. Insyaallah.. jika ada sesiapa yang bermurah hati mahu belanja wahh itu sangat membahagiakan saya. kalau baik hati boleh belanja Jabulani satu. korang baik kan?? :D

~psst2!! nana messi~
>.<

12 June 2010

argentina+england



game pertama argentina untuk hari ini. berharap kemenangan milik argentina dan pukul 2.30 pagi nanti kemenangan milik england.

mood sekarang seperti di africa sehingga terbit matahari. :)

lion of lionel messi

Lionel Messi has been awarded FIFA World Player of the Year.
Full name : Luis Lionel Andrés Messi
Birthday : June 24, 1987 (Rosario, Argentina)
Nationality : Argentinian
Other nationality : Spanish
EU passport : Yes
Height : 169 cm
Weight : 67 kg
Club : FC Barcelona
Position : Forward

keputusan yang tak pasti

kelmarin jiwa diruntun resah
dek keputusan
ujian ketentuan Allah
Jiwaku merintih
dalam senyuman hambar
pedih terasa
tak siapa yang tahu
kerna
kusimpan ia kemas
di hatiku

berita itu
tak mampu ku ungkapkan
riak riang wajahku
terpaksa kusembunyikan
dari teman2
yang pasti ingin meleraikan
persoalan ini
antara keterpaksaan
atau qado qadar tuhan

saat ini bagiku
realiti begitu menyakitkan
hakikatnya
aku terpaksa merelakan
puas kupujuk hati yang mula rajuk
akhirnya pada tuhan
aku bersujud

Ku panggil-panggil
azimat berharga
menuntut diri
jangan berputus asa
setiap uijan
ada hikmahnya
ada tersiratnya

kepayahan kali ini
kumohon pada tuhan
janganlah ia satu hukuman
gantikan ia
dengan 1000 pengajaran
yang mampu
ku rungkaikan dengan aman..

mimpi di tengahari

tidurnya aku semalam pada pukul 6 pagi. agak2 matahari hampir terbenam baru aku bangun, itupun disebabkan terkejut dengan khabaran emak tentang realiti atau fantasi aku pada hari ini. dengan mata yang pejam celik, suhu yang agak panas, aku berusaha bangun untuk mendengar khabaran dari emak. memang agak terkejut dan memeranjatkan, sepanjang hidup aku tak penrnah jadi macam nie. yelah..siapalah aku ni. panggilan telefon dari nenek di kampung kepada emak tentang hidup aku, seseorang yang akan datang minggu depan untuk tengok aku?? hanpir tak berkata-kata aku tadi apabila emak menceritakan. tapi aku tak tahu lah sejauh mana niat orang itu. memang agak sukar rasanya situasi aku sekarang. emak mahu ajak aku balik kampung minggu depan tapi aku belum bagi apa2 keputusan..macamana dengan hati seseorang yang tak mungkin aku lupakan??

11 June 2010

new template! ;)

setelah sekian lama mencari, menggali dan segala men la lg, akhirnya jumpa jgk template yg aku suka, hm ok la dr yg dulu..klu ari2 tgk bnde yg same boring jugak kan? ;) sesekali kena la buat perubahan bru la maju. ngee skrg ni nk cri gadget yg boleh menceriakan blog aku nie, bru la meriah kan. klu x nmpk kusam je.. nk tgk pn nympah. haha
segala perubahan akan di buat dri semasa ke semasa.

>.<

Agak2 korg suka tak laki mcm nie? aku memang tak suka, tp aku yakin korg pun mst tak suka kan?

Aku cuma nk berkongsi pendapat ngan korg tentang sikap yang pantang bagi wanita & aku juga sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya:

Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.


Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.



Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar

Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal

Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


Tidak suka meluah emosi

Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.


Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


Lupa hari-hari istimewa

Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat demikian terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Erghh tension ngan laki mcm nie, dorg ni sedar ke x sikap dorg tu membuatkan kaum2 hawa ni makin berjauh hati ngan dorg? grrr

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya.