Salam..
aku nak meluahkan sesuatu yang sudah lama terpendam di lubuk hati aku ni, malam ni akan aku luahkan semuanya memandangkan aku rasa di sini tempat yg sesuai. entry aku kali ni berkenaan dengan HASAD DENGKI. hurm memang bila tengok or bace perkataan ni mesti semua akan rasa tak senang, sakit hati, marah dan sebagainya ini kerana disebabkan maksud hasad dengki ni sendiri. dari zaman nenek moyang even zaman nabi sekali pun dah ada orang yang berhasad dengki ni kerana ia melibatkan perasaan, semua manusia ada perasaan bukan? di sini aku nak bercerita tentang apa kebaikan untuk mempunyai perasaan dengki atau iri hati kat orang laen? sudah terang lagi bersuluh kerana ia memang tiada kebaikan! banyak keburukan yang kita dapat kalau kita dengki dengan orang laen. alangkah aman dan sejahtera hidup kita jikalau semua manusia di dunia ni tiada perasaan hasad dengki sesama sendiri dan sentiasa berusaha sendiri untuk memajukan diri dan bukan membiarkan perasaan sebegitu menyelubungi diri sehingga melakukan bermacam2 cara untuk menjatuhkan seseorang seperti memfitnah, menganiaya orang laen malah ada yang sanggup melakukan perkara khurafat yang di laknat Allah s.w.t kerana sikap iri hatinya dengan kebahagiaan dan kejayaan orang laen lebih dari diri sendiri. kenapa tak mendoakan kebaikan orang laen sahaja? bukan ke apabila kita mendoakan sesama muslim lebih2 lagi tanpa pengetahuannya, maka malaikat pun akan turut mendoakan orang itu dengan potensi lebih besar doanya dikabulkan berbanding dia mendoakan untuk dirinya sendiri. manusia pada masa sekarang sudah lupa baek buruk, halal haram dan dosa pahala dalam melakukan sesuatu benda. kenapa mesti ada manusia macam ni? kalau dah dengki tu dengki je lah, simpan dalam hati sudah tapi tak payah sampai nak buat perbuatan terkutuk macam tu. lebih sedih kalau sampai bertahun2 pulak tu dengkinya. apa jadi kat mangsa tu? bertahun2 jugak lah menderita. tolong lah insaf wahai hamba Allah..awak memang dah boleh dianggap berjaya sekarang itu pun disebabkan kejayaan awak tu adalah di atas kejatuhan orang laen yg berpunca dari sikap tak berperikemanusiaan awak sendiri. tak malu ke? tak rasa bersalah? ke awak ni memang ada perasaan hasad dengki je dalam hati tu sampai tak de perasaan rasa bersalah langsung? kesian..memang kesian orang macam awak ni. terlalu desperate untuk menjadi yg paling bagus tapi dengan cara paling bodoh dan memang tak layak nak di pandang tinggi pun. sory to say, cara awak memang hina sangat2 okey. dan awak kena ingat Allah Maha Adil dan hukum karma itu bukan dongengan semata-mata. semoga awak diberi petunjuk dan bertaubat sebelum terlambat.