03 April 2011

Lelaki Idaman Wanita


Attention to the men out there! if korang nak cari life partner korang mesti lah mempunyai ciri-ciri yang orang perempuan suka, so tak de la partner korang tu asik makan dalam je ngan korang kan. =.=''

Lelaki tulin- Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga- Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa- Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana- Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik- Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian- Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih- Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik- Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap- Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak- Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah- Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan- Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik- Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan- Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi- Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria- Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Boleh tambah tak kat sini untuk lelaki yang tak kedekut. hihi :))


Akademi Fantasia Tetap HARAM..


salam..
korang dah tengok vid ni ? bila kita pikir kan semula memang betul apa yang dikatakan oleh ustaz ni kan? zaman sekarang manusia mengejar hiburan dunia tapi bukan amalan untuk akhirat nanti..bukan AF je tapi semua rancangan berkonsepkan benda yang sama iaitu pergaulan lelaki dan perempuan, tinggal satu tempat yang sama, dan semua rancangan yang mengalpakan manusia untuk beribadah.
ape2 pun tak nak cakap panjang2 lah, tepuk dada tanya selera.. :)