03 April 2011

Lelaki Idaman Wanita


Attention to the men out there! if korang nak cari life partner korang mesti lah mempunyai ciri-ciri yang orang perempuan suka, so tak de la partner korang tu asik makan dalam je ngan korang kan. =.=''

Lelaki tulin- Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga- Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa- Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana- Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik- Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian- Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih- Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik- Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap- Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak- Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah- Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan- Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik- Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan- Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi- Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria- Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Boleh tambah tak kat sini untuk lelaki yang tak kedekut. hihi :))