28 March 2011

Bila saya suka dan tak suka


Ehemm. Bismillahirrahamanirahim..
okey, straight to the points.

Jika saya suka saya akan cakap macam ni :
saya suka sangat bila dapat barangan yang saya mahu, kira macam impian tercapai laa. hihik
saya suka sangat bila tengok orang cantik tu tak berlagak cantik, sweet je kan ? :))
suka sangat bila tengok orang pandai tu tak kedekut ilmu, rasa beruntung ada kawan macam ni. betul tak ?
saya suka sangat bila tengok kanak-kanak baru belajar berjalan pastu terjatuh then bangun balik..hmm never give up.
saya suka sangat bila pertama kali memasak, dapat pujian melambung-lambung. rasa kembang satu badan.. kan ? haha
saya suka sangat bila tengah marah saya akan campak semua benda yang ada depan saya. teruknya saya..lepas tu kutip balik. ;P
saya suka sangat bila hujan turun, sejuk..tapi saya tak suka guruh dengan kilat. =.=
saya suka sangat bila kawan-kawan tegur saya, bila saya buat silap. saya ni kadang-kadang pelupa orangnya. hehe
saya suka orang yang pandai jaga barang saya dan tak buat harta sendiri. saya ni tak reti sangat nak mintak balik, sendiri paham la. ;)
saya suka bila orang yg menepati janji, sebab saya akan menunggu janji-janji dia. saya memang berharap la senang citer. :)
and last but not least, saya suka sangat bila korang baca blog saya, yelahh blog saya bukan la hebat sangat pun kann. i knew it. :DD thanks yaa ! ni love untuk korang, :D

Jika saya tak suka lak..macam-macam saya akan cakap, contohnya :
saya tak suka bila orang mempermainkan perasaan saya, rasa macam bodoh je saya ni..pfft!
saya tak suka bila seorang anak tak pedulikan pasal family dia, ingat la keluarga adalah segala-galanya okey..
saya tak suka bila kena paksa buat something yang saya tak suka dan belum bersedia, coz' i want to do it honestly from my heart.
saya tak suka bila budak-budak baru nak up dah berlagak macam dah besar sangat. tak hormat orang yg lebih tua..what the..??huhh.
saya tak suka orang yg merokok sebab macam membazir je beli rokok tu baek belanja saya makan. ehehe
saya tak suka bila cari barang tak jumpa, macam-macam sumpah seranah keluar dari mulut saya padahal saya baru je pegang barang tu..aiyooo ! nyanyuk.
saya tak suka menunggu, it is waste of my time, banyak benda lah boleh buat if we use the times in the right way kan ?
saya tak suka bila orang memperlekehkan apa yang saya buat, i'm not kinda old school. ;)
saya tak suka bila orang berlagak pandai tapi tak boleh terima pendapat orang lain. err i'm sick of it.
saya tak suka backstabber dan orang yg talam bermuka-muka ! yang suka mengata belakang cerita pasal hal saya, saya tak kacau awak pun kan ?so please take care of ur own kaen yek. timekasehh..

p/s : ekceli, banyak lagi saya suka dan tak suka tapi sikit-sikit dah laa. :)

18 March 2011

Tentang Hasad Dengki

Salam..
aku nak meluahkan sesuatu yang sudah lama terpendam di lubuk hati aku ni, malam ni akan aku luahkan semuanya memandangkan aku rasa di sini tempat yg sesuai. entry aku kali ni berkenaan dengan HASAD DENGKI. hurm memang bila tengok or bace perkataan ni mesti semua akan rasa tak senang, sakit hati, marah dan sebagainya ini kerana disebabkan maksud hasad dengki ni sendiri. dari zaman nenek moyang even zaman nabi sekali pun dah ada orang yang berhasad dengki ni kerana ia melibatkan perasaan, semua manusia ada perasaan bukan? di sini aku nak bercerita tentang apa kebaikan untuk mempunyai perasaan dengki atau iri hati kat orang laen? sudah terang lagi bersuluh kerana ia memang tiada kebaikan! banyak keburukan yang kita dapat kalau kita dengki dengan orang laen. alangkah aman dan sejahtera hidup kita jikalau semua manusia di dunia ni tiada perasaan hasad dengki sesama sendiri dan sentiasa berusaha sendiri untuk memajukan diri dan bukan membiarkan perasaan sebegitu menyelubungi diri sehingga melakukan bermacam2 cara untuk menjatuhkan seseorang seperti memfitnah, menganiaya orang laen malah ada yang sanggup melakukan perkara khurafat yang di laknat Allah s.w.t kerana sikap iri hatinya dengan kebahagiaan dan kejayaan orang laen lebih dari diri sendiri. kenapa tak mendoakan kebaikan orang laen sahaja? bukan ke apabila kita mendoakan sesama muslim lebih2 lagi tanpa pengetahuannya, maka malaikat pun akan turut mendoakan orang itu dengan potensi lebih besar doanya dikabulkan berbanding dia mendoakan untuk dirinya sendiri. manusia pada masa sekarang sudah lupa baek buruk, halal haram dan dosa pahala dalam melakukan sesuatu benda. kenapa mesti ada manusia macam ni? kalau dah dengki tu dengki je lah, simpan dalam hati sudah tapi tak payah sampai nak buat perbuatan terkutuk macam tu. lebih sedih kalau sampai bertahun2 pulak tu dengkinya. apa jadi kat mangsa tu? bertahun2 jugak lah menderita. tolong lah insaf wahai hamba Allah..awak memang dah boleh dianggap berjaya sekarang itu pun disebabkan kejayaan awak tu adalah di atas kejatuhan orang laen yg berpunca dari sikap tak berperikemanusiaan awak sendiri. tak malu ke? tak rasa bersalah? ke awak ni memang ada perasaan hasad dengki je dalam hati tu sampai tak de perasaan rasa bersalah langsung? kesian..memang kesian orang macam awak ni. terlalu desperate untuk menjadi yg paling bagus tapi dengan cara paling bodoh dan memang tak layak nak di pandang tinggi pun. sory to say, cara awak memang hina sangat2 okey. dan awak kena ingat Allah Maha Adil dan hukum karma itu bukan dongengan semata-mata. semoga awak diberi petunjuk dan bertaubat sebelum terlambat.


17 March 2011

Keadaan Dunia Masa Kini

Salam..
Jumaat lepas (11 mac) dunia digemparkan dengan bencana yang paling dasyat la aku rasa sepanjang aku hidup, mungkin sepanjang mak dan nenek aku hidup jugak iaitu gempa bumi berukuran hampir 9.0 skala richter yang berlaku paling teruk adalah di Jepun. gempa bumi tu menyebabkan tsunami paling teruk dan lagi teruk dari tsunami dekat acheh pada 24 disember 2006 kalau tak silap aku. masa aku dapat berita tu dalam kul 2 kat tv3.beberapa negara laen turut terjejas terutama di kawasan rantau pasifik. memang sangat sadis sekali..harta benda,rumah,kereta,makanan,pakaian semua musnah dalam sekelip mata.SEKELIP MATA.paling sedih ada yang hilang keluarga,masing2 menjerit panggil nama mak,ayah,adik beradik yang tak tahu di mana.bayangkan..sebelum tragedi tu berlaku,mereka sekeluarga gembira meluangkan masa dengan keluarga,menjalankan aktiviti harian,pergi keje,memasak,mengemas rumah,dan sebagainya dengan senang hati. tapi hakikatnya bencana yg tak disangka terjadi ini sudah meragut hampir 10 ribu nyawa setakat ini dan mungkin lebih..bukan itu je,dalam musim salji buruk,tiada bekalan elektrik dan kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan, dua loji nuklear di Jepun turut meletup, kesan daripada gempa bumi tersebut dan kemungkinan beberapa loji nuklear laen akan meletup dan hanya tunggu masa. kesan daripada letupan loji tersebut menyebabkan berlakunya penyebaran radiasi. namun,terdapat orang2 yang tidak berperikemanusiaan masih membuat lawak bodoh susulan gempa bumi di Jepun. baru2 ni keluar di berita harian tentang kartun ultraman yang lari dikejar tsunami dan status fizz fairuz di laman twitternye 'manalah ultraman,power rangers dan doremon dlm saat2 genting tsunami di Jepun'. betapa jelasnya takde sensitivity dalam diri,nak buat lawak pn agak2 lah, tu dah jadi lawak bodoh dan antara yg terbodoh dlm dunia. kita duduk kat msia ni mmg lah selamat,yg jadi mangsa kat sana tu kita tak rasa apa yg dorang rasa..cuba letakkan diri sendiri kat tempat dorang,apa yg kau rasa?orenn??sebab tu pikir dulu sebelum cakap. Jepun sekarang masih belum selamat lagi,kita tak tahu apa akan jadi esok. jadi rakyat negara2 laen perlu berdoa, bagi sokongan dan bantuan setakat mana yg mampu..apa yg berlaku di Jepun aku rasa itu adalah isyarat drpd yg Maha Esa bahawa dunia ni dah tak lama untuk hancur. berlaku peperangan di negara2 islam dan bencana dalam jangka masa pendek ni. bukankah itu adalah tanda2 kecil hari kiamat? sesungguhnya kita patut bersyukur kerana negara kita masih selamat, tapi jangan terlalu yakin Allah Maha Kuasa, Dia boleh buat apa2 sahaja yg Dia mahu kerana Dia Maha Pencipta dan disebabkan itu kita perlu sentiasa bersedia. tinggalkan hiburan didunia ni dan kejar amalan kebaikan untuk dibawa ke hari akhirat..aku tak nafikan dunia sekarang hiburan adalah no 1 tp kita kena ingat bahawa hari akhirat adalah selamanya..kun faya kun..

p/s: gempa bumi Jepun berlaku pd hari Jumaat sebagaimana Allah menetapkan Hari Kiamat turut berlaku pd hari Jumaat..wallahualam..

no title needed.

I already have a new template. ;P So, I will start to actively write blogs from now.
banyak perkara yang nak diceritakan di sini. malam ni aku akan mem-blogging sampai larut.
:) byee !