17 March 2011

Keadaan Dunia Masa Kini

Salam..
Jumaat lepas (11 mac) dunia digemparkan dengan bencana yang paling dasyat la aku rasa sepanjang aku hidup, mungkin sepanjang mak dan nenek aku hidup jugak iaitu gempa bumi berukuran hampir 9.0 skala richter yang berlaku paling teruk adalah di Jepun. gempa bumi tu menyebabkan tsunami paling teruk dan lagi teruk dari tsunami dekat acheh pada 24 disember 2006 kalau tak silap aku. masa aku dapat berita tu dalam kul 2 kat tv3.beberapa negara laen turut terjejas terutama di kawasan rantau pasifik. memang sangat sadis sekali..harta benda,rumah,kereta,makanan,pakaian semua musnah dalam sekelip mata.SEKELIP MATA.paling sedih ada yang hilang keluarga,masing2 menjerit panggil nama mak,ayah,adik beradik yang tak tahu di mana.bayangkan..sebelum tragedi tu berlaku,mereka sekeluarga gembira meluangkan masa dengan keluarga,menjalankan aktiviti harian,pergi keje,memasak,mengemas rumah,dan sebagainya dengan senang hati. tapi hakikatnya bencana yg tak disangka terjadi ini sudah meragut hampir 10 ribu nyawa setakat ini dan mungkin lebih..bukan itu je,dalam musim salji buruk,tiada bekalan elektrik dan kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan, dua loji nuklear di Jepun turut meletup, kesan daripada gempa bumi tersebut dan kemungkinan beberapa loji nuklear laen akan meletup dan hanya tunggu masa. kesan daripada letupan loji tersebut menyebabkan berlakunya penyebaran radiasi. namun,terdapat orang2 yang tidak berperikemanusiaan masih membuat lawak bodoh susulan gempa bumi di Jepun. baru2 ni keluar di berita harian tentang kartun ultraman yang lari dikejar tsunami dan status fizz fairuz di laman twitternye 'manalah ultraman,power rangers dan doremon dlm saat2 genting tsunami di Jepun'. betapa jelasnya takde sensitivity dalam diri,nak buat lawak pn agak2 lah, tu dah jadi lawak bodoh dan antara yg terbodoh dlm dunia. kita duduk kat msia ni mmg lah selamat,yg jadi mangsa kat sana tu kita tak rasa apa yg dorang rasa..cuba letakkan diri sendiri kat tempat dorang,apa yg kau rasa?orenn??sebab tu pikir dulu sebelum cakap. Jepun sekarang masih belum selamat lagi,kita tak tahu apa akan jadi esok. jadi rakyat negara2 laen perlu berdoa, bagi sokongan dan bantuan setakat mana yg mampu..apa yg berlaku di Jepun aku rasa itu adalah isyarat drpd yg Maha Esa bahawa dunia ni dah tak lama untuk hancur. berlaku peperangan di negara2 islam dan bencana dalam jangka masa pendek ni. bukankah itu adalah tanda2 kecil hari kiamat? sesungguhnya kita patut bersyukur kerana negara kita masih selamat, tapi jangan terlalu yakin Allah Maha Kuasa, Dia boleh buat apa2 sahaja yg Dia mahu kerana Dia Maha Pencipta dan disebabkan itu kita perlu sentiasa bersedia. tinggalkan hiburan didunia ni dan kejar amalan kebaikan untuk dibawa ke hari akhirat..aku tak nafikan dunia sekarang hiburan adalah no 1 tp kita kena ingat bahawa hari akhirat adalah selamanya..kun faya kun..

p/s: gempa bumi Jepun berlaku pd hari Jumaat sebagaimana Allah menetapkan Hari Kiamat turut berlaku pd hari Jumaat..wallahualam..

No comments: