23 January 2011

Siapa Sebenarnya Kita

Sebelum memulakan seminar, Prof.Ibrahim mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim..

Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"

Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"

Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..

Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.

Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...


moral:

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

Ya’juj dan Ma’juj

Salam..huh lame jugak eh tak update menatang nih. hehe sory , kesibukan sebagai seorang mahasiswi tidak dapat nak menghadap menda ni selalu. ngee skrg , sudah ada kelapangan..dan aku just nak sharing is caring pasal nie dengan korang. sesekali leh menginsafi dan mengingati bahawa kita ni sudah semakin dekat dengan hari pengakhiran zaman..nauzubillah..

Ya’juj dan Ma’juj adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.

Yakjuj dan Makjuj dalam agama Islam

Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan. (Surah Al-Kahfi : 93)


Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi

Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Surah Al-Kahfi : 94)


Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj

Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(Zulkarnain : 95 - 97)


Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Surah Al-Kahfi: 98)


Dinding Zulkarnain menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka

Dari Zainab binti Jahsy :

Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.

(Hadis Riwayat Muslim)


Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi

Dikhabarkan di dalam Al Quran bahawa Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa' : 96 - 97)


* sekian lama tak update , hari ini rasa nak update pasal ni pulak. weeee ! ^_^



15 August 2010

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional

Terjumpa artikel nie , aku nak berkongsi sikit memandang kan kita ni orang melayu kaya dengan adat dan pantang larang. ni aku sedia kan pantang larang yg biasa kita dengar , dan ada juga aku tak penah tahu sebelum nie , hanya sekadar berkongsi cerita..sharing is caring rite ? hehe

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

5. Makan sisa anak, anak akan degil.

6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.

Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.

2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.

5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.

3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.

7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.

8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.

9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.

10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.

11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.

12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.

4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.

5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.


p/s : aku tak tahu lah benda ni betul ke tak , rasa mcm betul je. hihihi kepada yg dah terkena tu mesti dah tahu kan ? kepada yg belum pernah terjadi lagi kat diri sendiri beringat2 lah.. ^_^


13 August 2010

sebuah kisah yang bernama CINTA


Di suatu pulau kecil ada seorang gadis bernama CINTA dan teman-temannya yang bernama KEKAYAAN, KECANTIKAN, KEGEMBIRAAN dan KESEDIHAN. Mereka hidup berdampingan dengan baik namun suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat2 berusaha menyelamatkan diri, CINTA sangat kebingungan sebab ia tak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu, dia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan sementara itu air smakin naik membasahi kakinya. Tak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. " KEKAYAAN ! KEKAYAAN ! tolong aku! " teriak CINTA. " Aduh! maaf, CINTA " kata KEKAYAAN. " aku tak dapat membawamu menaiki perahuku ini, lagi pula tak ada tempat lagi bagimu ". CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dgn perahunya " KEGEMBIRAAN ! tolong aku ! " teriak CINTA, namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tak dpt mendengar teriakan CINTA, air semakin tinggi dan CINTA smakin panik. Tak lama itu, lewatlah KECANTIKAN " KECANTIKAN ! bawalah aku bersamamu!, " teriak CINTA lagi. " Wah, CINTA kamu basah dan kotor, aku tak bisa membawamu nanti akan mengotori perahuku yang indah ini " sahut KECANTIKAN. CINTA sungguh sedih mendengarnya ia mulai menangis teresak-esak mengenangkan nasib yang akan menimpanya sebentar lagi. Saat itulah lewat KESEDIHAN, " Oh KESEDIHAN bawalah aku bersamamu !, " kata CINTA. " Maaf CINTA aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja, " kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA semakin putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritikal itulah tiba2 CINTA terdengar satu suara. "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat2 naik keperahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya di pulau terdekat, CINTA turun dan perahu itu terus berlalu pergi. Pada saat itu barulah CINTA sedar ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya, CINTA segera bertanya kepada penduduk di pulau itu. " Yang tadi adalah WAKTU ," kata penduduk itu. "Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku ? Aku tdk mengenalinya. Bahkan teman2ku yg mengenaliku pun enggan menolong" tanya CINTA heran. " Sebab SESUNGGUHNYA HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI CINTA ITU..". sambung penduduk itu lagi..

p/s :cinta itu lebih bernilai dari segala-galanya..

11 August 2010

puasa ! puasa ! puasa !

arini puasa da mula , harap2 target aku nak diet bulan puasa nie , berkesan lah hendaknya. tp td masa berbuka pun boleh tahan aku makan , tak pe baru2 lagi kan. huhu bunyi mercon pon da kedengaran , rutin setiap kali puasa kan. bunga api , mercon kalau tak de mmg tak lengkap. tapi jgn smpi terbakar tangan dah lah ye adik2.. nanti raya dlm hospital pulak. kepada yg berpuasa tu , berpuasa lah dengan ikhlas , puasa bukan cuma tahan lapar dgn dahaga je , setiap anggota badan jugak perlu di pelihara. mata ni tak boleh tgk bukan2 , telinga tak boleh dengar benda yg tak baik , tangan pulak tak boleh mencuri , kaki tak leh pergi ke tempat yg dilarang , dan mulut yg paling penting jgn mengumpat , mengata , mengeji orang dan sebagainya , di bulan yg mulia nie kena saling menghormati sesama islam. hormat lah bulan yg penuh keberkatan nie..

SELAMAT BERPUASA !!

09 August 2010

a confession for him


dear..
i
know..it's hard to be someone for me coz' i'm so complicated. it's not easy for u to understand what i think and what i want..i'm sorry..
i always make u unhappy..
i always find the way to make u scream at my ear. sometimes i can see ur fury and bola2 api like to come out from that eyes..i admit that i'm scared. please don't repeat it again syg..
hurm one thing..
i always know my voice

gets louder when I end up with more things on my mind tha

t make me feel bad.
but it's just me. i'm sorry again.. :(
i always get angry..

I get angry when I have a lot of things on my mind that I can’t do anything.

but..
i love when u always beside me and free to calm me when i'm sad..
when i'm crying u hugs me and it just makes me cry even more lah. ;P
every night my eyes fill with tears..
and when i need u i just close my eyes..
when i'm alone u accompany me with ur sweet messages..and u try to make me smile again..
u'll never bored to give me a million happiness..
yes i'm so happy and i appreciate it..
but..
i made a lot of mistakes.
for the 3rd times..i'm sorry.. :'(
i don't care 'bout the past..
thanks for everything you've done to me..

no matter how you are , i'm still loving u.
there's nothing can change anything except God..

i don't wanna lose u..

this is my confession for u..


only for u..S.A

_ur lover_
_nanabaharum_

06 August 2010

saya sayang awak


saya sayang awak.
awak sayang saya ?
ya , saya tahu awak sayang saya.
awak selalu cakap yang awak sayang saya sangat2.
bila saya tengah marah2 atau bengang dengan awak ,
akhir sekali mesti awak cakap yang awak sayang saya.
saya tahu dah..yang awak sayang saya.
tapi kenapa nak cakap banyak kali ?
awak tak jemu ke ?
tak..saya tak marah , saya tanya je.
kalau dah awak cakap awak tak jemu , baguslah.
awak tahu tak ?
sebenarnya saya gembira sangat saat2 awak cakap yang awak sayang saya.
saya pun rindu awak.
saya tahu awak mesti rindu saya jugak kan ?
kalau da awak sayang saya mesti la awak rindu saya. ;P
awak..saya nak tahu sangat apa yang membuatkan awak rindu saya.
bila saya tanya awak selalu jawab maen2.
bila awak nak serius ? saya tahu awak suka bergurau.
awak janganlah selalu bergurau , ada masa kena serius jugak kan ?
kalau satu hari nanti saya dah tak percaya kat awak lagi macamana ? yelah, dah awak suka bergurau. kan ? :P
tapi awak pernah bagi tahu saya awak rindu bila saya buat bengong saya. saya tahu saya bengong wak.. :D
walaupun saya bengong awak jugak lah yang rajin melayan bengong saya ni kan ?
hurm..awak pun pernah cakap , awek orang laen pun tak macam saya sebab saya ni buas.
awak je yang tahan dengan saya. ya , saya memang buas. sapa suruh awak nak saya , padan lah muka awak.
tapi tu yang buat awak rindu saya kan ? betul tak ? awak jangan cakap tak betul.
siap awak nanti !
lagi satu..
saya cinta awak sangat2.
awak selalu buat saya ketawa ,
awak tak pernah lupakan saya tapi saya selalu lupakan awak.
apa2 pun saya minta maaf. :(
saya bukan lupa lah wak..awak tahu kan kenapa.
bak kata awak saya selalu pentingkan benda laen dari awak.
dah awak cakap macam tu , nak buat macamana..
walaupun saya buat hal laen , saya tetap ingat awak.
awak percaya saya tak ?
saya percaya kan awak.
saya tak pernah curiga kan awak ,
saya tahu awak macamana.
awak takkan lukakan hati saya..
tapi..kenapa awak selalu curiga saya ?
awak..awak kenalah percaya saya.
saya dah tak tahu macamana nak bagi awak percaya lagi.
saya tak kisah lah awak nak percaya ke tak yang penting saya tak tipu awak.
terpulang kat awak nak nilai macamana.
cuma saya nak ingatkan , awak jangan percaya cakap orang.
saya sedih sangat bila awak tak percaya saya tapi awak percaya cakap orang. :'(
kenapa nak percaya cakap orang ?
mereka semua tu awek awak ke ?
kalau macam tu awak couple je la ngan diaorang semua.
kenapa nak couple dengan penipu macam saya.
hurm.. saya tahu awak mesti tengah marah kan saya cakap macam nie ?
saya saja je nak bagi awak marah. ;P
saya cuma nak awak percaya saya.
awk tak nampak lagi ke yang saya sayang , saya rindu , dan saya cinta awak..
saya harap awak faham.. ;)
apa2 pun saya harap saya dapat dengar lagi yang awak sayang saya.
saya takut sangat kalau awak cakap yang awak tak sayang saya satu hari nanti..

awak nak tahu satu rahsia tak ? saya suka tengok hidung comel awak. ^_^
saya sayang awak..