11 June 2010

new template! ;)

setelah sekian lama mencari, menggali dan segala men la lg, akhirnya jumpa jgk template yg aku suka, hm ok la dr yg dulu..klu ari2 tgk bnde yg same boring jugak kan? ;) sesekali kena la buat perubahan bru la maju. ngee skrg ni nk cri gadget yg boleh menceriakan blog aku nie, bru la meriah kan. klu x nmpk kusam je.. nk tgk pn nympah. haha
segala perubahan akan di buat dri semasa ke semasa.

>.<

Agak2 korg suka tak laki mcm nie? aku memang tak suka, tp aku yakin korg pun mst tak suka kan?

Aku cuma nk berkongsi pendapat ngan korg tentang sikap yang pantang bagi wanita & aku juga sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya:

Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.


Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.



Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar

Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal

Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


Tidak suka meluah emosi

Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.


Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


Lupa hari-hari istimewa

Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat demikian terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Erghh tension ngan laki mcm nie, dorg ni sedar ke x sikap dorg tu membuatkan kaum2 hawa ni makin berjauh hati ngan dorg? grrr

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya.

28 May 2010

esok kemungkinan adik aku boleh kuar hospital, alhamdulillah..setelah hampir seminggu aku kat cni. adik aku pn da bertambah baik da..
kebetulan kakak ipar sepupu aku sedang menunggu detik2 kelahiran baby dia mlm nie. skrg dia kat hospital ampang. aku harap semuanya berjalan lancar, semoga dia kuat semangat mase proses kelahiran baby dia nnt..aku tgk perut dia tu besar semcm, takutt. ngee hurm,ptg td bru dpt tau yg baby dia tu baby girl. wow! xsbr nk maen ngan anak dia nnt! hikhik da lama xmaen ngan baby girl nie..
>.<
apa yg pntg aku harap kak yan dan baby dia selamat..aminn..

tp ada yg mmbuatkan aku tgh bersedih skrg, hm ape lg. bergaduh la ngan budak tu.. aku da xphm ngan dia, aku pn xtau nk wat mcmane da. aku da cuba buat yg trbaek tp aku xtau kat mana salahnye..selama ni aku sedar semua salah aku tp xkan semua mslh aku jugak yg nak di slhkan, smpi aku nk bela diri pn dia nk mrh. aku ckp bnde yg betul, bg dia semua prkara yg berlaku prkara kecik xperlu nk di perbesarkan, tp sape yg dulu besarkan mslh? aku xrasa aku..disbbkan dia da besar kan bnde yg kecik dan mcm nk slhkan aku, aku mst la nk bela diri! aku ada hak! dia nk merajuk ke, ape ke, aku da mls nk lyn. arini satu ari dia xcontact, biarlah.. tu yg dia nk mlm td, aku da ckp mlm td sebelum tdo yg pg td aku msg balik.tp dia ckp xpyh msg lgsung. ok fine, aku mls nk bertengkar..mls nk serabut kepala. nnt jgn dia ckp aku xambik berat psl dia da la..sbb selalunya dia mmg mcm tu, mst nk cari slh aku. rimas!

23 May 2010

kegembiraan dan kesedihanku..

semalam tepat pkul 4.30 ptg tamat lah perjuangan aku dlm semester 6. 7hb aku start sem 7.mmg cepat masa berlalu..skrg aku tgh cuti sem 2 mggu,wlupun sekejap tp aku nak habiskan masa ni dgn family dan kawan2 aku.aku seronok sgt..sehinggalah mlm smlm dlm pukul 8 lbih ayah aku call yg adik aku masuk hospital, ayah aku suruh balik tp aku nk balik naek apa? kakak aku terpaksa kerja pg2 esoknya. tp nasib baek sepupu aku nak balik pahang jugak, aku dgn mak aku tumpang kereta dia, wife dia pn tggu hari je nk deliver baby.. sebelum balik pahang ktorg pegi damansara dulu sbb sepupu aku nak ambik baju. otw nk balik pahang,ayah aku byk kali call tnya da gerak belum tp ktorg gtau masih dlm perjalanan..sehinggalah mase kat batu caves, mak aku dpt call dr kwn ayah aku. pastu tetiba mak aku ckp " ha? ya allah.." aku tgk mak aku urut2 dada dia, tetiba jantung aku laju, aku tnye mak aku nape tp mak aku snyp dgn mata yg berair. aku xduduk diam.dlm otak da pk mcm2 da..nape ngan adik aku? aku xnk dia tggl kami semua.ya allah! aku tnye lg mak aku nape?? pelan2 mak aku ckp yg adik aku makin xstabil, dia ckp darah adik aku rendah sgt2, cuma tggl 50-50???!!! ape perasaan korg wey..aku mase tu dlm kete rasa mcm nak menjerit!! nape mst adik aku?? air mata aku xhenti mengalir, mulut aku xputus berdoa supaya Allah pnjg kan umur adik aku..aku xsggup kehilangan dia..ya Allah.. sepanjang perjalanan ke hosp. bentong, fikiran aku teringat mse kami kecik2 dulu, suke bergaduh.. tp aku ttp syg dia.dia sorg je adik aku.. aku mmg nak cepat smpi tp aku kesian pulak kat wife sepupu aku dia tgh pregnant, nnt ape2 jd susah.. cume aku hanya berdoa je mase tu. dlm masa yg same aku risau ttg keselamatan kakak aku, bila aku bgtau dia bergegas dia dtg ngan sepupu aku lg sorg, aku tau dia mst bwk laju.bila dia smpi mmg dia bwk 140-150, ya Allah..nape kak ko bwk laju. ko jgn tmbh lg apa yg ade skrg nie.. smpi je aku kat hosp. cepat2 aku trun aku trus pegi kat ayah aku, aku menangis kat situ. mmg xthn sgt da.. adik aku mse tu dlm emergency. ayah aku ckp mlm sebelum tu dia nk pegi toilet smpi tumbang depan pintu sbb drh yg trlalu rendah.aku sedih.. aku nk masuk tgk tp sorg je boleh, aku bg mak aku tgk dulu. mse tggu kat luar kwn ayah aku dtg kat aku, dia ckp adik tu da teruk. pastu aku tnye doktor ke yg ckp 50-50 tu?? pastu dia ckp disbbkan drh dia rendah sgt keadaan dia x ok.aku tnye lg skali doktor ke yg ckp tu? pastu dia ckp x. mase tu aku mmg rasa nk mrah tp aku control.aku trus msuk tgk adik aku,bia la masuk bape org pn tp aku xleh tggu da.aku tgk mak aku kat sblh adik aku, dia sedar mase tu, aku rasa bersyukur sgt..aku cium dia..thun ni dia SPM, dan mase tu tgh ambik exam mid year, stu paper xambik ari jumaat tu,sbb keadaan dia yg makin truk, demam smpi 40 degrees..udi..cepat sembuh nnt boleh dpt result yg baik..kak ngah tau udi boleh buat.. lpas doktor cek, doktor ckp nk hntr ke hosp temerloh sbb doktor xberani nk letak dia lame2 kat situ, klu kat temerloh ada pakar yg boleh tgk. jd aku dgn kakak aku follow kete ambulance adik aku smpi ke temerloh. adik aku dlm emergency.aku tggu kat luar, aku xboleh tido kt ruang menunggu tu smpi la adik aku keluar tepat pukul 4 pg.pastu dia ditransfer ke wad biasa.. smpi ke saat ni aku tgk keadaan dia makin stabil.. Alhamdulillah..tp saat2 mlm td..mmg aku xkan lupa smpi bila2..airmata aku mst mengalir.. aku bersyukur ya Allah.. adik aku selamat..terima kasih ya Allah..

sememangnya semasa aku tulis ni airmata aku da gugur mengalir..:((

~nana~
~pukul 12.48 mlm~
~hosp.SHAS~

05 April 2010

CHELSEA vs M.U

mmg x duduk diam aku kat midnight bentong tu.haha dup dap dup dap jantung nie tgk game dorg, aku x nafikan man u byk shoot dr chelsea tp nak wat mcmane,rezeki x mnyebelahi man u, lgpun hero dorg satu2nya xde..pasni smpn rooney utk lwn chelsea jela, kang injured awal2 susah lg.so, peluang nk bolos gol tu agak kecik jugak la..tp pujian harus di berikan kat peter cech ngan drogba bgus sgt permainan dorg.guuudd! >.< aku pelik, asal dorg msukkan drogba lmbt ngat adoiihh klu x kena 4-1 kut. j.cole plak da kena yellow card. 0.0 xksh la..yg pntg 2-1.aku rasa gol vidic tu mcm hand je, ishh..to lampard, hatrik ngan 1 gol mase lwn aston villa, sgt bgus!

ada suka dan duka. that is real life..

hidup ni mcm2 kan..kenapa kita perlu menjalani sebuah kehidupan yg belum pasti menjanjikan kebahagiaan? kenapa ada org bahagia dan kenapa ada yg menderita? apa sbnrnye tujuan hidup nie..wlaumacamana pun, kehidupan tetap diteruskan.hanya org yg tabah dan kuat akan kecapi kebahagiaan di atas segala pengorbanan dan berkat kesabaran..

21 March 2010

its not safe for us anymore. :(

kenapa?kenapa? dan kenapa? kenapa lagi? kenapa mesti rumah kitaorg yg kena? sungguh menakutkan. dah 2 minggu kami di belenggu dgn bunyi2 aneh kat rumah.dulu aku dgr bunyi org berjalan atas simen, pastu dino mati dgn kepala separuh pecah, ikan puyu fara mati tgk2 kat depan pintu masuk umah mmg sgt jauh klu di kira meter akuarium ngan pintu, so weird! apa makna semua nie? sapa punya keja? smpi skrg kitorg xtau. mlm smlm lepas dowg mkn kat kedai flat nadia nmpk lampu bilik terpasang, padahal sebelum dowg trun lampu da tutup. naseb baek aku xde mase tu, aku kat ampang.then, bila dowg naek atas alih2 lampu da trpadam.pergh! meremang bulu roma aku dgr fara cerita. BETUL KE NIE?? bila semua ni nk berakhir dgn jwpn yg pasti dan yg pasti tidak akan ada benda buruk berlaku kat sape2. aku harap sgt yg tu..huh..curious.

mood: scary